Wednesday, August 25, 2010

Asas Minyak Enjin dan Kelas Pembuatan

Minyak enjin terdiri dari pelbagai jenis, harga serta bermacam-macam jenama yang terdapat dijual dipasaran.  Kenapa harga dan kualitinya berbeza-beza?  Adakah ia terdiri dari kelas-kelas dan kualiti yang berbeza?  Jawapannya sudah tentu ya.  Kebanyakan minyak dihasilkan daripada bahan mentah dan kelas kualaiti yang berbeza.  Adalah penting sekiranya kita dapat mengenali kelas-kelas tersebut supaya senang untuk kita mengetahui kenapa lain jenama mempunya nilai harga dan kualiti yang tersendiri.  Dibahagian berikut akan dijelaskan secara ringkas apakah kelas minyak mentah yang digunakan bagi penghasilan sesuatu minyak enjin.

Minyak Galian

Kebanyakan minyak enjin dihasilkan dari minyak galian. Minyak galian ini pula dikelaskan kepada beberapa kumpulan mengikut kualiti kandungan bahan mineral dan juga prestasinya.  Sebagaimana yang dikelaskan oleh API ataupun dikenali sebagai Institut Petroleum Amerika ia terdiri daripada 5 kumpulan iaitu;-

Kumpulan 1

  • Minyak yang menepu kurang dari 90 peratus dan atau kandungan sulfur lebih dari 0.03 peratus dengan Indek Kelikatan adalah sama atau lebih dari 80 ke 120 cSt.

  • Minyak dari kelas ini dihasilkan secara pemisahan secara kimia dengan menggunakan tarikan pelarut atau proses minyingkirkan lilin daripada minyak menggunakan pelarut dan juga proses pelengkap hidro.
  • Kenyakan minyak enjin yang dihasilkan dari kumpulan ini adalah minyak enjin jenis bergred rendah seperti SAE 30, 40 dan 20W-50.
Kumpulan II
  • Minyak yang kurang menepu atau sama 90 peratus dan mempunyai kandungan sulfur kurang atau sama 0.03 peratus.  Indek Kelikatan bagi minyak kumpulan ini adalah lebih besar dan sama iaitu antara julat 80 ke 120 cSt.
  • Minyak ini dihasilkan dengan proses yang mengabungkan pemecahan atau priolisi dengan penghidrogenan, serta proses penyingkiran lilin daripada minyak dengan menggunakan pelarut.
  • Minyak dari Kumpulan II ini mempunyai kandungan anti oksida yang baik.  Ini kerana kesemua molekul-molekul hidrokarbonnya telah tepu.  Biasanya bewarna jernih air.
Kumpulan III
  • Minyak kumpulan ini berkeadaan lebih menepu atau sama 90 peratus dengan kandungan sulfurnya kurang atau sama 0.03 peratus.  Indek Kelikatan adalah lebih dari atau sama dengan 120 cSt.
  • Penghasilannya adalah melalui proses penyusunan semula atom-atom secara khusus didalam molekul melalui proses hidro yang bertindakbalas tanpa penambahan atau pengurangan atom sedia ada.
  • Ia boleh juga diperbuat daripada minyak asas atau lilin slx melalui proses nyah lilin.
Kumpulan IV
  • Dikenali sebagai minyak sintetik penuh yang namakan Polialfa Olefiin (PAO)
Kumpulan V
  •  Adalah minyak jenis sintetik penuh yang tidak tersenarai seperti di atas.  Sebagai contoh seperti minyak Napetenik, Polietelin Glaikol, Ester dan lain-lain.
Dialam industri minyak, bagi memudahkan mengenali sesuatu minyak mengikut kelas Kumpulan minyak yang digunakan, Indek Kelikatan biasanya dijadikan sebagai rujukan.  Dibawah adalah ringkasan pengelasan Kumpulan minyak secara nilai Indek Kelikatan;-

  • Kumpulan I - Indek Kelikatan adalah antara julat 103-108 cSt
  • Kumpulan II - Indek Kelikatan adalah antara julat 113-119 cSt
  • Kumpulan III- Indek Kelikatan antara julat yang melebihi atau sama 140 cSt
Segala komen dan pendapat sangat dialu-alukan sila emailkan kepada minyak.enjin@gmail.com

1 comment:

  1. Coin Casino - Play casino games and get bonus!
    Get a first deposit of 코인카지노 먹튀 at least $10 at the first deposit match. Your initial wager will match your first deposit at least $20 at the casino site. Valid for casinos

    ReplyDelete