Thursday, August 26, 2010

Asas Minyak Enjin

Sebagaimana yang jelas kita ketahui, adalah penting untuk menukar minyak enjin apabila tempoh yang sepatutnya telah sampai.  Tetapi apakah yang dikatakan tempoh penukaran minyak enjin?  Adalah disyorkan bahawa, penukaran tiap minyak enjin hendaklah mengikut jangka waktu ataupun jadual sebagaimana yang telah disyorkan oleh pembuat kenderaan.  Ini bagi memastikan keadaan dan tahap kebersihan serta prestasi minyak enjin dapat sentiasa berfungsi dengan baik dan dalam keadaan yang diperlukan. 

Jangkahayat minyak enjin bergantung kepada tahap kualiti minyak asas dan bahan tambahan yang digunakan.  Ia juga bergantung kepada keadaan rekabentuk kenderaan, cara pemanduan dan keadaan pemanduan.  Ada pendapat mengatakan bahawa minyak enjin yang berasaskan galian ataupun mineral perlu ditukar setia 3000 sehingga 5000 km perjalanan.  Manakala untuk semi sintetik adalah bagi setiap 5000 km ke 7000 km perjalanan dan untuk minyak bersintetik penuh adalah antara 10,000 ke 15,000 perjalanan atau mungkin lebih.  Persoalannya adakah ini tepat?  Perlu difikirkan bahawa, cara dan kaedah pemanduan memainkan peranan penting didalam memastikan kualiti minyak dapat berfungsi dengan baik.

Kita ketahui, musuh utama minyak adalah haba.  Bayangkan sekiranya kita memandu didalam keadaan bertrafik dan sesak.  Pada ketika itu, enjin kita masih terus berjalan tetapi meter batuan tidak bergerak.  Adakah penggunaan nilai batuan bagi penukaran minyak boleh kita amalkan dan adakah ia tepat sebagai panduan pengiraan untuk menukar minyak?  Sudah tentu jawapannya tidak.  Pada keadaan bertrafik, minyak akan menjadi panas dan mudah menyusut, kadar pengoksidaan juga berlaku dengan pantas.  Manakala bagi kenderaan yang sering terperangkap setiap jam setiap hari didalam trafik ini, adalah disyorkan ia menukar lebih awal dari yang disyorkan.

Mari kita lihat apa yang dilakukan oleh minyak enjin?

Minyak enjin yang digunakan oleh kenderaan dihasilkan daripada dua bahan yang penting iaitu minyak asas dan bahan tambahan.  Minyak asas ini memberikan kuasa pelinciran denagn berfungsi sebagai bahan pelincir untuk melincirkan bahagian-bahagian komponen mekanikal yang bergerak didalam enjin.  Ia juga berfungsi melindunginya dari berlaku kehausan yang disebabkan geseran yang terhasil.  Bagi bahan tambahan pula, ia bertindak sebagai bahan yang membantu memberi perlindungan dan prestasi dalam melakukan kerja didalam keadaan enjin beroperasi pada suhu tinggi dan keadaan yang lasak didalam enjin.

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini didalam pengelasan minyak mengikut kumpulan, minyak asas yang terdiri dari kumpulan tersebut sebenarnya dihasilkan dari minyak mentah (iaitu minyak yang diperolehi secara semulajadi yang digali dari dasar laut/tanah).  Minyak mentah ini selepas itu dilalui beberapa proses saringan dan penyulingan.  

Minyak enjin yang dihasilkan dari kumpulan ini dikategorikan kepada tiga jenis iaitu, minyak galian ataupun mineral, minyak separa sintetik atau semi sintetik dan minyak bersintetik penuh.

Minyak Galian/Mineral 

Minyak ini adalah minyak konvensional yang telah digunakan sejak dulu lagi.  Minyak ini kemudiannya dicampurkan dengan bahan tambahan bagi memenuhi spesifikasi prestasi yang diperlukan sebagaimana yang diperuntukan didalam API, ACEA dan JASO.  Ia bertujuan bagi memastikan minyak tersebut dapat berfungsi dengan baik dan memberikan perlindungan seperti yang diperlukan.

Minyak Sintetik Penuh

Ia merupakan minyak yang dihasilkan melalui beberapa proses-proses kimia yang rumit bagi memastikan penyusunan atom-atom didalam molekul dengan baik.  Oleh yang demikian ia sangat mahal berbanding minyak mineral.  Walaubagaimanapun minyak sintetik penuh ini mempunyai kelebihan dari segi ketahanannya pada suhu yang tinggi.  Ia juga mempunyai sifat anti oksida yang baik. Selain itu indek kelikatan ia juga sangt tinggi dan menjadikan ia sesuai untuk pengoperasian pada suhu tinggi seperti enjin caj turbo, turbin dan lain-lain.

Minyak Separa Sintetik atau Semi Sintetik

Minyak separa sintetik atau semi sintetik ini biasanya dihasilkan secara campuran diantara minyak sintetik penuh dan minyak galian atau mineral mengikut peratusan tertentu.  Kebiasaannya, campurannya adalah dengan 80 sehingga 85 peratus minyak galian dan selebihnya 15 sehingga 20 peratus adalah sintetik.  Terminologi yang betul sebernarnya minyak sebahagian sintetik iaitu "part synthetic" dan bukannya semi sintetik.  Tetapi disebabkan semi sintetik adalah panggilan biasa maka ia masih tetap digunakan walaupun kandungan sebenar adalah bukan campuran 50:50.

Bahan-Bahan tambahan di dalam Minyak Enjin

Terdapat perlbagai jenis bahan-bahan tambahan yang digunakan didalam minyak enjin.  Kebanyakan minyak enjin ternama mempunyai sekurang-kurangnya kandungan bahan-bahan tambahan seperti berikut;-

  • Bahan pengurai
    • Ia digunakan untuk memastikan keadaan enjin sentiasa bersih,  mengawal bahan kotoran dan memerangkap bahan hasil pembakaran ke bawah takungan minyak
  • Pengekang kakisan dan karat
    • Anti kakisan ini ditambah untuk melindungi enjin daripada asid-asid dan air yang terhasil dari proses pembakaran dans eterusnya merosakkan komponen.
  • Anti Oksida
    • Ia ditambah bagi mencegah proses pengoksidaan dari berlaku dengan cepat.  Sekiranya pengoksidaan berlaku, ia akan merosakan minyak seperti memekatkan minyak dan menjadikan ia tidak dapat mengalir dengan baik serta menjadikan enjin cepat panas
  • Anti kehausan
    • Bahan anti kehausan ini berfungsi dengan memberikan satu lapisan filem minyak yang dapt memisahkan komponen-komponen didalam enjin dari bersentuhan dan merosakan ia untuk tempoh jangka panjang.
  • Pembolehubah kelikatan
    • Ia digunakan untuk meningkatkan ciri-ciri aliran minyak pda julat suhu yang luas.
Sebarang komen dan pendapat sangatlah dialu-alukan ke email minyak.enjin @gmail.com

Wednesday, August 25, 2010

Asas Minyak Enjin dan Kelas Pembuatan

Minyak enjin terdiri dari pelbagai jenis, harga serta bermacam-macam jenama yang terdapat dijual dipasaran.  Kenapa harga dan kualitinya berbeza-beza?  Adakah ia terdiri dari kelas-kelas dan kualiti yang berbeza?  Jawapannya sudah tentu ya.  Kebanyakan minyak dihasilkan daripada bahan mentah dan kelas kualaiti yang berbeza.  Adalah penting sekiranya kita dapat mengenali kelas-kelas tersebut supaya senang untuk kita mengetahui kenapa lain jenama mempunya nilai harga dan kualiti yang tersendiri.  Dibahagian berikut akan dijelaskan secara ringkas apakah kelas minyak mentah yang digunakan bagi penghasilan sesuatu minyak enjin.

Minyak Galian

Kebanyakan minyak enjin dihasilkan dari minyak galian. Minyak galian ini pula dikelaskan kepada beberapa kumpulan mengikut kualiti kandungan bahan mineral dan juga prestasinya.  Sebagaimana yang dikelaskan oleh API ataupun dikenali sebagai Institut Petroleum Amerika ia terdiri daripada 5 kumpulan iaitu;-

Kumpulan 1

  • Minyak yang menepu kurang dari 90 peratus dan atau kandungan sulfur lebih dari 0.03 peratus dengan Indek Kelikatan adalah sama atau lebih dari 80 ke 120 cSt.

  • Minyak dari kelas ini dihasilkan secara pemisahan secara kimia dengan menggunakan tarikan pelarut atau proses minyingkirkan lilin daripada minyak menggunakan pelarut dan juga proses pelengkap hidro.
  • Kenyakan minyak enjin yang dihasilkan dari kumpulan ini adalah minyak enjin jenis bergred rendah seperti SAE 30, 40 dan 20W-50.
Kumpulan II
  • Minyak yang kurang menepu atau sama 90 peratus dan mempunyai kandungan sulfur kurang atau sama 0.03 peratus.  Indek Kelikatan bagi minyak kumpulan ini adalah lebih besar dan sama iaitu antara julat 80 ke 120 cSt.
  • Minyak ini dihasilkan dengan proses yang mengabungkan pemecahan atau priolisi dengan penghidrogenan, serta proses penyingkiran lilin daripada minyak dengan menggunakan pelarut.
  • Minyak dari Kumpulan II ini mempunyai kandungan anti oksida yang baik.  Ini kerana kesemua molekul-molekul hidrokarbonnya telah tepu.  Biasanya bewarna jernih air.
Kumpulan III
  • Minyak kumpulan ini berkeadaan lebih menepu atau sama 90 peratus dengan kandungan sulfurnya kurang atau sama 0.03 peratus.  Indek Kelikatan adalah lebih dari atau sama dengan 120 cSt.
  • Penghasilannya adalah melalui proses penyusunan semula atom-atom secara khusus didalam molekul melalui proses hidro yang bertindakbalas tanpa penambahan atau pengurangan atom sedia ada.
  • Ia boleh juga diperbuat daripada minyak asas atau lilin slx melalui proses nyah lilin.
Kumpulan IV
  • Dikenali sebagai minyak sintetik penuh yang namakan Polialfa Olefiin (PAO)
Kumpulan V
  •  Adalah minyak jenis sintetik penuh yang tidak tersenarai seperti di atas.  Sebagai contoh seperti minyak Napetenik, Polietelin Glaikol, Ester dan lain-lain.
Dialam industri minyak, bagi memudahkan mengenali sesuatu minyak mengikut kelas Kumpulan minyak yang digunakan, Indek Kelikatan biasanya dijadikan sebagai rujukan.  Dibawah adalah ringkasan pengelasan Kumpulan minyak secara nilai Indek Kelikatan;-

  • Kumpulan I - Indek Kelikatan adalah antara julat 103-108 cSt
  • Kumpulan II - Indek Kelikatan adalah antara julat 113-119 cSt
  • Kumpulan III- Indek Kelikatan antara julat yang melebihi atau sama 140 cSt
Segala komen dan pendapat sangat dialu-alukan sila emailkan kepada minyak.enjin@gmail.com